Assalamualaikum new mommies! haaa i nak shre sikit my experience for my newborn baby about proses berkhatan. Sesiapa yang mendapat baby boy confirm akan bertanya2 'bila nak sunat kan anak kita ni yer?' trust me, I've been back and forth about nak 'sunat' kan my baby at this early age, kejup I told husband 'ok kita tunggu dia dah besar sikit, let him feel the pain, baru lah lelakiii, perempuan rasa sakit bersalin, lelaki rasa sakit bersunat lahh' thennn a few seconds later I change my mind again 'but nanti kalau dah besar nanti, if dia buat hal tak nak sunat cmana? takut lah itu lah ini lah, takut bentan lah, kena pantang macam2 lagi' pastu pikir plak 'tapi kesian la masa baby dah bersunat, kesian dia nanti sakit, dia tak paham erti sakit lagi kan'.
Seriously, this is the hardest decision I have to make in my life! berminggu pikir just to decide when nak 'sunat' kan my baby. So, lepas berpuluh2 orang I tanya, kebanyakkan nya berpendapat untuk sunat masa baby, why? sebab they said senang nak jaga and healing process tu very2 fast.
Also, I baru tahu yang bersunat ni actually masa baby pun dah boleh buat, I thought tunggu dieorg dah besar je, sebab my brother and cousins bersunat masa dieorg dah besar, that's why I thought macam tu, sekaliiii the other way round pulak.
Terdapat beberapa Hadith yang menyatakan bahawa sunat seawal tujuh hari selepas kelahiran ni banyak manfaat nya. Ini diantara hadith yang I jumpa:-
Dari Jabir bin 'Abdillah ra : bahawa Rasulullah SAW melaksanakan aqiqah Hassan dan Hussain serta mengkhatan mereka berdua pada hari ketujuh (HR: Thabrani dan Baihaqi)
Dari Ibnu 'Abbas Ra berkata: "Terdapat tujuh perkara yang termasuk sunnah dilakukan bayi pada hari ketujuh iaitu 'diberi nama dan dikhatankan.', (HR: Thabrani)
Dari Abu Ja'far ra berkata , "Fatimah melaksanakan aqiqah anaknya pada hari ketujuh. Beliau juga mengkhatankan dan mencukur rambutnya serta mensedekahkan perak seberat timbangan rambutnya.", (HR: Ibnu Abi Syaibah)
Manfaat jika bersunat pada usia bayi adalah proses pemulihan sangat cepat, seawal 3-7 hari kerana bayi tiada pantang, mereka hanya minum susu sahaja dan juga risiko 'infection' dan 'bentan' sangat rendah kerana bayi masih lagi belum boleh berjalan, melompat dan selainnya.
Doktor pakar telah menasihati kami jika boleh khatan kan bayi lelaki sebulan ke bawah ini kerana bayi yang melebihi sebulan akan banyak bergerak dan akan menganggu proses berkhatan dan juga 'bebird' meraka masih kecil dan tidak menyakitkan.
Where?
Ok, so we finally decided untuk khatan kan our boy at age 2 months old, why 2 months? sebab both of us memang tak tahu about bersunat masa bayi ni, so as recommended by most of our friends, kita telah memilih KPJ, Damansara Specialist Centre sebagai tempat berkhatan our baby.

Dekat sana we meet up with one of the specialist named 'Dr. Abdul Razak', he is very nice, friendly and most importantly very gentle with babies. Masa nak gi tu memang berdebar sangat, tak tahu what will happen to my baby, meragam teruk ke lepas tu? ok ke ? so many questions playing in my mind. Lepas jumpa Doctor Razak, he said baby akan menangis sikit masa nak masuk kan ubat bius tu and tak selesa sebab kaki dia kena ikat (disebabkan baby dah melebihi sebulan dan dah pandai bergerak and protes) ohh and also baby kena puasa sejam sebelum proses khatan dimulakan.
More info about Dr Razak, you can visit:-
http://www.kpjdamansara.com.my/project/dr-abdul-razak-mohammed/
outfit masa nak gi sana, baby hanya pakai macam biasa iaitu baby romper (risau gak sebab takut bebird dia sakit ke apa kan pakai baju tu) and also we bring extra diaper, clothes (in case anything happen).
Throughout the khatan process, baby only cry masa mula2 je, lepas tu dia dah relax dah, bila baby nangis sikit2 je, doctor akan cakap 'sorry' kat baby, comel je kan. So, proses berkhatan dengan Dr Razak ni dalam 20 mins sahaja and Dr Razak ni hanya menggunakan kaedah 'laser'. Masa berkhatan tu mommy and daddy can be inside the room (di dalam bilik doctor) if baby dah reach 5 months ke atas baru baby dimasukkan ke dalam operation room.
Lepas selesai berkhatan, doctor kata treat baby seperti biasa, terkejut betul dengar masa tu, macam serious ar as usual? tak sakit ke bebird dia nanti? so yes, we did treat our baby macam biasa tak perlu nak longgar kan diaper semua, cuma jangan mandi untuk first day je, keesokan hari baru boleh mandikan baby seperti biasa.
Habis je sunat, we immediately kasi our baby susu untuk kasi macam reward lah for him sebab dah sunat kan hehe and you have to wait 30 mins at doctor's clinic untuk tengok keadaan baby, jika baby meragam teruk, doctor akan kasi paracetemol to baby, if baby tenang, no need to take any.
As for myself, Alhamdulillah my baby behave so well, dia tak meragam pun and ubat yang doctor kasi hanya cream sahaja untuk letak dekat around his bebird, lepas balik tu doctor ada kata that he will cry sikit masa dia nak kencing untuk pertama kali, lepastu dia ok dah (which is sooo trueee) Our baby only cry masa first time dia kencing je, lepastu dia relax dah and masa nak change diaper dia for the first time tu surprisingly takde blood stain pun dekat diaper dia, clean sgt2, kalau ada pun dekat bebird tu ada macam kuning2 (bukan nanah) which is air luka and sikit je tak banyak pun.
Dr Razak also said, hari ke-5 nanti benang akan tanggal sendirinya dan tak perlu datang lagi untuk follow up check up, So Alhamdulillah, dah hari ke 7 selepas bersunat , our baby dah fully healed, yayy!!! lega sangat2 bila our baby dah bersunat, phewwww.
Ohhh ya! one more thing, parents don't worry, Dr Razak said there is no such thing as 'kulit tumbuh balik' jika bersunat masa baby, it only happen if the doctor tak potong carefully , So far dah ramai patients bersunat with Dr.Razak, takde satu pun yang datang balik kata kulit tumbuh, so my advice to you is, choose the right doctor for your baby, Insyallah everything will be alright!
All the best parents! ingat, pilih yang terbaik for your precious one!
Signing off,
The 13th



























